Sunday, July 4, 2010

Buluh Lemang...Untuk Tempahan! LEMANG U.K

KARNIVAL 'JOM KEPOH-KEPOH' LEMANG U.K (Ulu Kinta)

Hari raya dah dekat...sikit lagi nak puasa! Tapi, jangan lupa persiapan kuih raya dan sewaktu dengan nya, termasuklah LEMANG...Orang Perak, kalau tak kena lemang, macam tak raya ajer...mesti mahu ada lemang. Belum bab rendang merendang lagi, pasti mahu. Yang baru balik cuti dari belajar kat 'oversea', masa ni laa nak pekena lemang...dah lama dah! Asyik makan maggi, sandwich, fries...

Hari ini, aku ngan kengkawan gi reccee, cari kawasan buluh lemang. Sampai Sg. Siput, Kuala Kangsar dan Manong. Tengah dealing dengan orang kampung kot kalau-kalau ada buluh lemang nak di 'le-go'. Kalau ada, aku beli, dan kira macam mana...makciktuu pun nak beraya jugak..

Jadi aku ngan kengkawan, dah siap siaga nak kerjakan buluh lemang nih..Sebelum itu, aku nak dapatkan feedback, tahun ni, masih ada demand macam dolu-dolu..sampai angka 2-3 ribu batang..jadik ler, kongsi 4 orang. Tapi hari ini, BOLEH BUAT TEMPAHAN dulu...kira awal sikit logistics...bukan apa, nak stetmet (estimate) berapa banyak nak ready, maklumlah, dah guna internet...dulu tak ada internet pun, ribu batang jugak jalan...

Saper-saper nak tempah, boleh kasi nama, no. H/P., berapa batang nak, hari aper nak (1 minggu sebelum raya atau lepas raya...untuk open house), bagi tahu, nak buluh sajaker? Dengan daun sekali ker, atau nak lemang dah masak....

Kalau nak suruh hantar, kena berbaloi ler kuantiti ngan tambang...sekitar Ipoh dan kawasan 5 kilo radius. Bole nego nanti. Bagi yang nak 'drive thru' boleh gi kat tapak 'carnival' lemang di Ulu Kinta, dekat ajer, cari jalan ke Tanjung Rambutan, jumpa trafik light ke Ulu Kinta, masuk, dalam beberapa depa dah nampak....lagi pun tempat tuu, dari dulu lagi memang dah terkenal dengan 'jom kepoh' lemang...gerenti OK.

Harga: Tak Ubah (macam dulu jugak...insyaallah)
RM1.00 sebatang, tanpa daun
RM1.50 sebatang, dengan daun
RM10-RM12.00 bagi yang dah masak.

Rendang ayam...belum tahu, tertakluk pada harga ayam. Begitu jug, daging.
Kalau nak tempah, boleh kautim, nego dulu. Janji tak lari harga pasaran.

Sekian dulu...selamat berlemang...tempahan boleh di terima mulai sekarang...!
Tempahan melalui internet lagi senang. C.O.D.
Boleh call: 019-5570754 Nan U.K